Takut Azab Kubur Dan Azab Neraka ! Ini 7 Kelebihan Membaca Surah Al Mulk

| November 18, 2021 | 0 Comments

7 Kelebihan Membaca Surah Al Mulk

Surah Al-Mulk diturunkan di Makkah dan terdiri daripada 30 ayat.

Surah Al-Mulk bermaksud kerajaan diambil dari kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Surah ini disebut juga dengan At Tabaarak yang bererti Maha Suci.

Kelebihan Pertama (1) : Menghindari Azab Kubur

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

Surah Al Mulk : Menghindari Azab Kubur

Kelebihan Kedua (2) : Membantu Pembaca Mukmin Selamat Semasa Soal Jawab Dalam Kubur Sehingga Masuk Syurga

Rasulullah S.A.W bersabda “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk.

Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

Surah Al Mulk : Membantu Pembaca Mukmin Selamat Semasa Soal Jawab Dalam Kubur Sehingga Masuk Syurga

Kelebihan Ketiga (3) : Pembaca Mukmin Terselamat Dari Neraka

Rasulullah SAW bersabda:

” Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”

Surah Al Mulk : Pembaca Mukmin Terselamat Dari Neraka

Kelebihan Keempat (4) : Sunnah Nabi Muhammad S.A.W

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As-Sajadah dan Surah Al-Mulk”

Kelebihan Kelima (5) Menjadi Pengganti Semasa Soal Jawab Dengan Munkar Nakir

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

Kelbihan Keenan (6) : Wajah Cantik Seperti Nabi Yusuf Pada Hari Kiamat

Saiyidina ‘Ali berkata “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

Kelebihan Ketujuh (7) : Mengampunkan Dosa Pembaca Mukmin

“Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.

Selain dari memberi pahala apabila kita membaca surah ini, Allah S.W.T juga akan mengampunkan segala dosa mereka yang sentiasa mengamalkan membaca sehingga akhir surah.

Amalkan bacaan Surah Al Mulk supaya kita terhindar dari seksaan azab kubur dan terlepas dari api Neraka.

Nak terlepas dari azab kubur?

Nak dilindungi semasa soal jawab oleh Munkar Nankir?

Nak mudah membaca Surah Al Mulk dimana sahaja?

Nak dilindungi dari gangguan jin dan syaitan?

Download App Percuma Surah Al-Mulk Di Google Play Store + BONUS + BONUS Khas Untuk Anda : Klik Sini

1. Surah Al Mulk MP3 Audio : Bacaan Mishary Rashid Alafasy
2. Surah Al Mulk MP3 Audio : Bacaan Muzammil Hasballah
3. Surah Al Mulk MP3 Audio : Bacaan By Saad Al-Ghamdi
4. Surah Al Mulk Offline PDF
5. Surah Al Mulk English Translation PDF
6. Surah Al Mulk MP3 Audio : Mishary Rashid Alafasy
7. Surah Al Mulk MP3 Audio Urdu Translation Oleh Fateh Muhammad Jalandhari
8. Surah Al Mulk Beserta Panduan Tajweed

BONUS 

1. Bacaan Ruqyah Ayatul Kursi MP3 Oleh Rashid Mishary Alafasy
2. Bacaan Surah Al-Waqiah MP3 Oleh Rashid Mishary Alafasy 
3. Bacaan Penuh Ayat-Ayat Ruqyah Untuk Perlindungan Diri Dari Gangguan

Download App Percuma Surah Al-Mulk Di Google Play Store + BONUS + BONUS Khas Untuk Anda : Klik Sini

Free-Android-App-Surah-Al-Mulk-English-In-Google-Play-Store
Free-Android-App-Surah-Al-Mulk-English-In-Google-Play-Store

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: Dzilas Digital

About the Author ()

Dzilas Digital : Deliver Happiness

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *